Tuesday, 27 December 2011

SeLaMaT MeNyaMBuT TahUn BaRu 2o12 ..


Assalamualaikum W.B.T ...

Hari demi hari usia kita semakin lama semakin meningkat dan terasa diri nie macam terasa dah tua ... Tapi saya still maintain muda and cute walaupun usia sudah melanjut ke usia belia , dah tak jadi sweet 18 dahh .. hihi ... 

Tapi bukan itu yang hendak di kongsikan cerita kali ini, sedar tak sedar kita sudah pun sampai ke penghujung Tahun 2011 dan bakal masuk ke tahun baru yang mana banyak memori dan kenangan manis dan pahit yang telah di lalui sepanjang tahun ini ... So kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih, sinonim dengan pepatah ini memang ada benarnya .. Tapi yang mana kenangan dan peristiwa yang boleh diteruskan dari tahun sebelum ini tak kan nak buang begitu saja kan, kena lah bawa bersama dalam Tahun baru ini ... hihi

Okey lah , sebut mengenai azam memang banyak yang terkeluar dan terlintas di fikiran masing-masing kan .. begitu la juga dengan saya .. Cuma azam kali ini mempunyai matlamat yang kuat untuk menjadi seorang insan yang "somebody" ... Ini bererti ingin menamatkan pengajian dengan cemerlang serta di redhahi Allah SWT dan untuk mendapatkan kekuatan sepanjang pengajian ini ditempuhi ... 

Akhir kata dari saya, Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 semoga semua rakan-rakan menanamkan azam yang kuat dan muhasabah diri untuk menjadi yang terbaik dalam tahun ini berbanding tahun-tahun yang sudah .. Cuma satu pinta dari saya, kepada yang mengenali diri ini, semoga hubungan antara kita tidak akan pernah putus until wHen_WhEn .. hihihihi

Ucapan Tahun Baru Ini Di Taja Oleh POMEPURE ...

Wait Post For Next Year !

Monday, 28 November 2011

Tips Of Borneo- Simpang Mengayau -

ASSALAMUALAIKUM w.b.t ...

Hai , dah lama rasanya x update blog ini .. bukannya x mao update cuma banyak kekangan masa yang di hadapi dan tidak mempunyai kesempatan nak update, maklum la sibuk dengan exam dan sekarang baru masuk cuti semester pula.. hehe ..

Ok lah citer kali ini , pasal tempat pusat perangin yang popular dekat utara sabah iaitu Simpang Mengayau Kudat .. Citer serba sedikit Tempat ini pula, Simpang Mengayau bermaksud 'yang terlintas di persimpangan' kerana ia berada di sini bahawa Laut China Selatan masih wujud dan memenuhi Laut Sulu yang mengalir dari timur ... Menikmati pandangan yang menakjubkan, Matahari terbenam danbulan-bulan penuh hanya cantik, ... Pulau Kalampunian rumah api merupakan satu peringatan pantai khianat dan bangkai kapal yang lalu.. Di sebelah kiri pantai yang indah Pantai Kalampunian ..

Apabila melihat kebiruan air laut yang cantik di persisiran pantai, hati terasa hendak berendam dalam air laut seperti orang putih la pula katakan .. Akan tetapi apakan daya keperluan pakaian hanya mampu untuk melihat keindahan alam sekitar ciptaan tuhan ini saja.. 


 ENTRY PIC .. Peace YoW

 Sudut Pandangan Tepi Curam

 Hujung Teliga Kucing Negeri Sabah

 Standing in the eyes

 Posing Maut Ble Tergolek Ke belakang

 Stay2 Matang di persisiran pantai

 View From Atas Pokok

We are HeRE

EnjoY PIc .. SeE YaHH !





Saturday, 17 September 2011

Nama kelab Saya Ialah Gema pendita !

Tak banyak cerita nak di kongsi dalam bulan September ini atas kerana kesukaran untuk membahagikan masa study , program dan komitmen club .. So , rasa agak tersisih sangat kiranya blog ini tanpa cerita yang hendak di sampaikan .. 

Okey la , bukan itu yang hendak di sampaikan  untuk update kali ini ... Cerita yang hendak di sampaikan tetang kelab saya ini di beri nama Gema pendita .. Kelab ini sebenarnya bukannya kelab masak memasak, menganyam, menjahit atau pun  kraf tangan ... Kelab ini adalah satu kelab Dikir barat yang baru meningkat naik di sekitar Kota Kinabalu .. Cakap soal persembahan , Kelab ini sering di undang kedalam majlis makan malam yang di ada kan di sekitar bandar.,. 

Akhir sekali , kepada student-student Politeknik Kota Kinabalu yang telah terbaca cerita ini, mari la beramai-ramai menyertai kelab ini tuk meningkat mutu dan mewarisi Dikir barat yang telah di asas kan sedia ada Tuk persembahan Gema pendita berterusan dan tidak di pupus di Zaman. 



Before Persembahan


After Persembahan


Kesempatan Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin !


Friday, 26 August 2011

Benarkah David Villa menghina Islam?(Ikhlan Bola)

El Classico memang dramatik,perlawanan dicemari dengan insiden pergaduhan diminit akhir apabila Fabregas a.k.a The Homesick Boy diterjah keras oleh Marcelo "alleycats" 

Insiden itu juga telah menyebabkan Pinto (Barcelona), David Villa (Barcelona), Marcelo (Real Madrid), and Ozil (Real Madrid) kesemuanya dilayangkan kad MERAH. 

Dari sumber rakan blogger,Insiden Ozil dan Villa dicemari oleh cemuhan racist Villa yang menghina Islam. 


"I was defending my religion,because David Villa insulting Islam!"- Mesut Ozil


Untuk lebih jelas saksikan video di bawah Mesut Ozil di tampar.





Dunia-Dunia Macam-Macam Saja 

Friday, 19 August 2011

Pelajari Huruf-Huruf Japan ..

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ,

Hai apa khabar semua ?.. Saya harap kemurang semua sihat saja , dan ingin membaca blog ini .. Sedar  tak sedar kita telah menjalani puasa di bulan ramadhan ini hari yang ke 20 ... Maknanya ada 10  hari lagi kita menjelang hari Lebaran ... Macam tak sabar plak nak raya , pasti bestkan kumpul ramai bersama suadara mara dan kawan-kawan Menyambut Hari Raya Aidilfitri ...

Tapi topik saya untuk kali ini bukannya nak cerita pasal hari raya , akan tetapi nak kongsi sama u all tentang mempelajari huruf dalam bahasa japan...

INILAH HURUF-HURUF YANG ADA DALAM BAHASA JEPUN :-


 A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu,
K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari,
T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi...


mo me ku fu,... ari ka fu ka , ri ka shi ka no, me mo shi ka to ji, lu ka ri ka rin, ka no ka , fu ka  to ji, chi ku ta ka ri , te ki, no ku ta ka zu ka shi ki ... Akhir kata saya , semoga korang selamat balik ke kampung masing- masing dan berjaya berbahasa japan .. He He He ..



SAFETY FIRST

RAMADHAN DI HORMATI, SYAWAL DIBERKATI


SEE YOU ALL AROUND!

Saturday, 30 July 2011

"Selamat Menyambut Bulan Ramadhan"

30 Hari Bulan Ramadhan, 30 Fadhilat Bulan Ramadhan
Kelebihan Ramadhan Yang Perlu Kita Tahu Sebagai Umat Islam 


1 Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya.
2 Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.
3 Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah          telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.
4 Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5 Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.
6 Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.
7 Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.
8 Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam
9 Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
10 Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat
11 Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa
12 Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.
13 Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.
14 Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
15 Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.
16 Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.
17 Di beri pahala seperti pahala para Nabi.
18 Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
19 Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
20 Di beri pahala para syuhada dan salihin.
21 Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.
22 Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
23 Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga
24 Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan.
25 Di hapuskan dari seksaan kubur.
26 Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.
27 Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.
28 Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga.
29 Diberi pahala seribu haji yang mabrur.
30 Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku...







Puasa Jangan Tak puasa


SEE YAH !

Friday, 22 July 2011

"LeT PaRtY"(KONVOKESYEN)


20 JULAI 2011, Dimana hari yang di nantikan dan amat bersejarah bagiku kerana telah lama menghidamkan sekeping kertas(sijil) yang mengambil masa selama 2 tahun. Sepanjang tempoh pengajianku itu banyak liku-liku onak manis dan pahit di tempuhi untuk mencapai kejayaan.




Disini, saya mempunyai 2 helaian tiket undangan di hari konvokesyenku. pada mulanya saya berasa 'confuse' dan tertanya-tanya hendak ku bagi siapa tiket ini atas kerana 'parent' busy dengan kerja. Hendak ku berikan kepada Teman Wanita ??.. Saya still SINGLE ... Nak bagi kepada rakan karib ??.. Belajar di semenanjung pula .. Aduhai apa la nasib .. U_U





Dan kini, saya mempunyai calon untuk menyerahkan tiket bertuah undangan yang berharga dalam hidup saya iaitu kepada 'parent' saya... Mereka sanggup meninggalkan hari kerja mereka untuk melihat saya tidak bersendirian naik ke atas pentas konvokesyen.. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana mengkurniakan ibu dan bapa yang sebaik ini .. I LOVE U PAPA N MAMA >> ^.^



Inilah 'Photo' wajah kesayangan hamba yang biasa-biasa aja "POSING" di hadapan bangunan Politeknik Kota Kinabalu.. Dan kini saya sedang melanjutkan pengajian saya ke peringkat DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL yang berbaki 2 semester yang mungkin akan tamat pada pertengahan tahun hadapan (Insya'allah 2012).. Saya cuma berharap kepada semua pembaca yang telah terbaca kisah ini, mendoakan untuk kejayaan saya pada masa hadapan agar dapat melihat gambar KONVOKESYEN dan sejarah berulang yang kali kedua dalam diri ini ... Ha Ha Ha ..


(^.^)V Peace No Wars

AS SOON AS POSSIBLE

Monday, 18 July 2011

GaGal UnTok SeTia

Disaat Kejujuran dan Kesetiaan Telah tiada apa yang boleh di pertahanan dalam hubungan cinta ini….? Apakah kebohongan dan pengkhianatan cinta boleh mempertahankan hubungan cinta ini……?


Mendengar kata Gagal, pastinya tidak ada seorang pun yang ingin mengalaminya.... Disaat Kegagalan menghampiri kita yang ada iaitu rasa kekecawaan yang amat sangat begitu besar... Dengan motif cerita di atas, saya cuma ingin memfokuskan pengalaman yang indah berubah dan hilang sekelip mata ... 



Tapi di balik itu semua saya yakin Allah telah memberikan yang terbaik untuk hidup saya. Setiap peristiwa yang tejadi pasti selalu ada Hikmahnya yang boleh kita ambil…  Dan para ulama mengatakan , 'apa yang kita suka adalah terbaik untuk kita, dan apa yang kita tidak suka adalah yang kurang baik' ...


Disini saya telah di pertemukan oleh seorang SAHABAT yang baik yang boleh membantu saya dalam pelajaran dan berkongsi masalah yang saya hadapi ... saya berdoa persahabatan kami kekal UNtil wHEn-WheN ... ^^





Pandangan Jauh !!



    MY  BEST FRIEND AND  I..


TO BE CONTINUE ..

Thursday, 30 June 2011

KerJa ParT TiMe SaYa

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Hai dah lama tak buka laman sensawang nie dah nak berhabuk, bao hapak dan penuh sarang labah-labah dah aku tengok blog ini ... Maklum laa terbiar hampir sebulan tak bersihkan(update) ... Ini kerana faktor masalah dari sekeliling yang berlaku terhadap saya ... haizz .. sepanjang dalam percutian blog ini , banyak perkara-perkara pelik dan menarik yang telah berlaku nak di kongsi, tapi ambil yang ringkas lagi elok ... hihi


Cerita kali ini tentang pengalaman kerja saya ... Dari gambar-gambar di telah paparkan sudah jelas mengambarkan pengalaman-pengalaman yang berlaku .. Okey la , cerita punya cerita saya telah berkerja sementara di sebuah syarikat iaitu 'A' bukan nama sebenar marketing di bawah sebuah entrprise iaitu  'P.K' bukan nama sebenar ..  ... Di sini , saya belajar menjadi seorang pembebel untuk membiasakan diri bersama setiap customer yang di temui ... Walaupun begitu , ini telah meningakatkan mutu keperibadian dan keyakinan dalam diri untuk berkomunikasi dengan orang berpangkat pada masa hadapan ... 


Banyak tempat yang telah di kunjungi dan bermacam ragam telah di temui ... orang kata jauh berjalan banyak luas pengalaman ,,,  Antara tempat telah di kunjungi seperti Keningau, papar, kudat, bangi , dan bermacam tempat lagi ... Akan tetapi, setiap tempat yang telah kami pergi bermacam ragam , suku dan budaya yang unik yang tidak pernah di temui ...  


GAMBARAN PENGALAMAN SEPANJANG BERKERJA 








PROMO! PROMO! PROMO! .. MARI! MARI!



SEE YOU NEXT UPDATE

Thursday, 26 May 2011

27 may ??.. Bukan Bufday Saya ..


ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T


27 Mei…tarikh yang paling menarik dan sangat di nantikan, walaupun disaat ingin di ucapkan sudah tiada … Actually bukannya cuti umum ataupun cuti2 peristiwa , akan tetapi tarikh ini telah menjadi amat bermakna kepada saya disebabkan seorang insan yang bergelar guru ..  


Cikguru@sigu sebagai nama samaran adalah insan yang mengajar saya erti kehidupan dan sering menceriakan hidup saya walaupun hanya seketika … Sepanjang perkenalan ini, kehadirannya telah membuat diriku lebih berfikir lebih matang tentang persekitaran di sekeliling dan memberi input2 bernas kepada diri ini … Saya berbesar hati ingin mengucapkan terima kasih atas bimbingan yang telah di berikan seperti mencipta Blog ini sendiri … fuhhh~ Teknologi tue …


Semenjak saya mengenali cikguru banyak ilmu manfaat tentang erti kehidupan yang saya perolehi walaupun hanya sekadar berkenalan di alam fantasi(katanya) .. Segala budi baik sigu tidak akan saya lupakan sampai bila2 … Walaupun cikguru sudah pergi jauh dan tidak tahu di manakah keberadaan sekarang … Saya hanya mampu doakan agar cikguru sentiasa murah rezeki dan bahagia di rahmati Allah s.w.t .. Akhir kata, dengan kesempatan ini selamat hari lahir cikguru saya ucapankan ampun kan dosaku jika terkasar bahasa, tersilap bicara @ terlebih Gurauan  dan halalkan segalanya ..;)




Hmm~ Kata Prince Frog Hadiah boleh tagih !!
(^_^)V .. hihi



SEE NExT PaGe

Thursday, 19 May 2011

Al-kisah Aktiviti 18 May ...







Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera ...

Walaupun jarang untuk bersama dan lama blog Poojan InthegarDen tidak update, senyap memanjang saja, bukannya bermaksud tidak  ada citer2 mao kongsi ... Cuma diri ini saja malas mao update blog, ala bak kata pepatah orang tua2 bagai pahat dan penukul, mao disuruh .. cewah .. tidak da lah sebenarnya ini terpengaruh dengan seseorang yang ingin update blog nya mengikut MOOD .. hihi

Kali ini,  saya mao kongsi citer tentang sukan .. Kata orang bajau iaitu MENGAYAU ... Rombongan yang berbekalkan 3 buah kereta ini mewakili Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Nikmat ... Ini adalah idea2 yang di keluarkan oleh pihak beliau dan belia, kerana merasa bosan dengan pencabar@pesaing yang sering ditemui di sekitar kawasan K.B ..

Perlawanan persahabatan yang di adakan ialah Vollyball dan FUtsal lah , apa lagi ??... Dan bertempat di ARea2 PUTATAN K.K ... Dalam perlawanan ini, kemenangan telah berpihak kepada kami dengan Score result bagi Volleyball MENANG 3 set berbalas 2 set dan bagi futsal 22 jaringan berbalas 13 jaringan ... Fuhh ~ tidak sia-sia segala penat, kesungguhan dan mentaliti yang di siapkan sebelum perlawanan ... kata orang Sediakan payung sebelum Hujan .. Saya telah menyumbang jaringan sebanyak 5 Goal .. hihi .. (^_^)V 




Perlawanan persahabatan vollyball di sebelah petang



Perlawanan persahabatan futsal di sebelah malam


Santai di Warung Kita Putatan



wait for next update... see ya

Tuesday, 10 May 2011

Aku orang Kota Belud


PENGENALAN

Daerah Kota Belud terletak di Pantai Barat Utara Negeri Sabah, adalah di unjuran kaki Gunung Kinabalu - gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, mengarah ke Utara dan lembahnya dibatasi Laut Cina Selatan. Daerah Kota Belud dikelililingi beberapa daerah lain yang bersempadan dengannya, seperti Tuaran, Kota Marudu dan Ranau. Kedudukan daerah Kota Belud yang strategik, menjadi persinggahan utama ke daerah-daerah di Bahagian Pantai Barat Utara, seperti Kota Marudu, Pitas, Matunggong, Banggi dan Kudat. 

Petikan asal bahasa Kaum Bajau. KOTA bermakna KUBU PERTAHANAN, dan BELUD bermakna BUKIT. Makanya, Kota Belud diertikan sebagai KUBU PERTAHANAN DI ATAS BUKIT. Menurut cerita dari mulut ke mulut, bahawa pada zaman silam, sebelum adanya badan pemerintah, sering berlaku permusuhan antara kaum dan antara kampung. Demi memperkukuhkan pertahanan masing-masing, mereka terpaksa mencari tempat untuk bertahan daripada serangan musuh. Justeru itu, kaum Bajau telah memilih sebuah bukit sebagai kota (kubu) mereka, dan kubu pertahanan itu, dikenali sebagai Kota Belud.

Sehingga ke hari ini Tamu Kota Belud (Tamu hari Ahad) yang dikenali ramai ini masih memainkan peranannya sebagai tempat bagi masyarakat yang berasal daripada pelbagai komuniti untuk bertemu dan berdagang. Pasar mingguan ini menjadi teropong yang memaparkan semua pemandangan, bunyi-bunyian dan bau-bauan setiap kali para peniaga berkumpul untuk menjual hasil keluaran mereka di sini.Daripada tumbuhan hijau sehinggalah kepada kuih-muih tempatan yang enak, para peniaga dengan bangganya mempamerkan barangan mereka untuk menarik para pembeli bertawar-menawar dengan mereka. 

Dalam setahun, Kota Belud akan menganjurkan Tamu Besar satu-satunya acara tahunan yang menarik kunjungan orang luar dan penyertaan masyarakat di daerah ini. Tamu Besar yang bermaksud Pasar Besar atau secara literalnya bermaksud tamu terbesar yang diadakan di seluruh Sabah. Pemandangan yang semestinya tidak dilepaskan ialah Koboi Timur yakni penunggang kuda Bajau yang menunjukkan kemahiran menunggang kuda bersama-sama kuda yang dihias dengan pakaian yang indah dan berwarna-warni. Masa yang sesuai untuk menyaksikan sendiri sukan tradisi seperti lumba kerbau dan pemahkotaan Ratu Cantik Sarempak/Senisip.





PESORONG KAM !! ARAMAITI (^_^)V

'Mangan Nia Mangan Asalkan Kurung-Kurung' & 'Kuman d Kuman Asal Timu-Timu'

Monday, 9 May 2011

Assalamualaikum ~ Pembuka Bicara Tanda Mukadimah ...



PERASMIAN BLOG POOJAN INTHEGARDEN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada warga2 sekalian, dengan ini saya selaku owner kepada Poojan Inthegarden Blog... secara umumsecara khusussecara langsung mahupun tidak langsungnya ...  Merasmikan BLOG kepada anda sekalian ... Tunjuk ajar kalian amat la saya dahagakan ..  
Blog ini di ilhamkan Oleh seseorang yang saya sendiri gelarkan SIGU @ Mizz M... Photo di atas merupakan sebuah inpirasi  untuk mendapatkan ilham di masa-masa akan datang dan perasmian BLOG POOJAN INTHEGARDEN ... (n_n)v