Thursday, 26 May 2011

27 may ??.. Bukan Bufday Saya ..


ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T


27 Mei…tarikh yang paling menarik dan sangat di nantikan, walaupun disaat ingin di ucapkan sudah tiada … Actually bukannya cuti umum ataupun cuti2 peristiwa , akan tetapi tarikh ini telah menjadi amat bermakna kepada saya disebabkan seorang insan yang bergelar guru ..  


Cikguru@sigu sebagai nama samaran adalah insan yang mengajar saya erti kehidupan dan sering menceriakan hidup saya walaupun hanya seketika … Sepanjang perkenalan ini, kehadirannya telah membuat diriku lebih berfikir lebih matang tentang persekitaran di sekeliling dan memberi input2 bernas kepada diri ini … Saya berbesar hati ingin mengucapkan terima kasih atas bimbingan yang telah di berikan seperti mencipta Blog ini sendiri … fuhhh~ Teknologi tue …


Semenjak saya mengenali cikguru banyak ilmu manfaat tentang erti kehidupan yang saya perolehi walaupun hanya sekadar berkenalan di alam fantasi(katanya) .. Segala budi baik sigu tidak akan saya lupakan sampai bila2 … Walaupun cikguru sudah pergi jauh dan tidak tahu di manakah keberadaan sekarang … Saya hanya mampu doakan agar cikguru sentiasa murah rezeki dan bahagia di rahmati Allah s.w.t .. Akhir kata, dengan kesempatan ini selamat hari lahir cikguru saya ucapankan ampun kan dosaku jika terkasar bahasa, tersilap bicara @ terlebih Gurauan  dan halalkan segalanya ..;)




Hmm~ Kata Prince Frog Hadiah boleh tagih !!
(^_^)V .. hihi



SEE NExT PaGe

Thursday, 19 May 2011

Al-kisah Aktiviti 18 May ...







Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera ...

Walaupun jarang untuk bersama dan lama blog Poojan InthegarDen tidak update, senyap memanjang saja, bukannya bermaksud tidak  ada citer2 mao kongsi ... Cuma diri ini saja malas mao update blog, ala bak kata pepatah orang tua2 bagai pahat dan penukul, mao disuruh .. cewah .. tidak da lah sebenarnya ini terpengaruh dengan seseorang yang ingin update blog nya mengikut MOOD .. hihi

Kali ini,  saya mao kongsi citer tentang sukan .. Kata orang bajau iaitu MENGAYAU ... Rombongan yang berbekalkan 3 buah kereta ini mewakili Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Nikmat ... Ini adalah idea2 yang di keluarkan oleh pihak beliau dan belia, kerana merasa bosan dengan pencabar@pesaing yang sering ditemui di sekitar kawasan K.B ..

Perlawanan persahabatan yang di adakan ialah Vollyball dan FUtsal lah , apa lagi ??... Dan bertempat di ARea2 PUTATAN K.K ... Dalam perlawanan ini, kemenangan telah berpihak kepada kami dengan Score result bagi Volleyball MENANG 3 set berbalas 2 set dan bagi futsal 22 jaringan berbalas 13 jaringan ... Fuhh ~ tidak sia-sia segala penat, kesungguhan dan mentaliti yang di siapkan sebelum perlawanan ... kata orang Sediakan payung sebelum Hujan .. Saya telah menyumbang jaringan sebanyak 5 Goal .. hihi .. (^_^)V 




Perlawanan persahabatan vollyball di sebelah petang



Perlawanan persahabatan futsal di sebelah malam


Santai di Warung Kita Putatan



wait for next update... see ya

Tuesday, 10 May 2011

Aku orang Kota Belud


PENGENALAN

Daerah Kota Belud terletak di Pantai Barat Utara Negeri Sabah, adalah di unjuran kaki Gunung Kinabalu - gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, mengarah ke Utara dan lembahnya dibatasi Laut Cina Selatan. Daerah Kota Belud dikelililingi beberapa daerah lain yang bersempadan dengannya, seperti Tuaran, Kota Marudu dan Ranau. Kedudukan daerah Kota Belud yang strategik, menjadi persinggahan utama ke daerah-daerah di Bahagian Pantai Barat Utara, seperti Kota Marudu, Pitas, Matunggong, Banggi dan Kudat. 

Petikan asal bahasa Kaum Bajau. KOTA bermakna KUBU PERTAHANAN, dan BELUD bermakna BUKIT. Makanya, Kota Belud diertikan sebagai KUBU PERTAHANAN DI ATAS BUKIT. Menurut cerita dari mulut ke mulut, bahawa pada zaman silam, sebelum adanya badan pemerintah, sering berlaku permusuhan antara kaum dan antara kampung. Demi memperkukuhkan pertahanan masing-masing, mereka terpaksa mencari tempat untuk bertahan daripada serangan musuh. Justeru itu, kaum Bajau telah memilih sebuah bukit sebagai kota (kubu) mereka, dan kubu pertahanan itu, dikenali sebagai Kota Belud.

Sehingga ke hari ini Tamu Kota Belud (Tamu hari Ahad) yang dikenali ramai ini masih memainkan peranannya sebagai tempat bagi masyarakat yang berasal daripada pelbagai komuniti untuk bertemu dan berdagang. Pasar mingguan ini menjadi teropong yang memaparkan semua pemandangan, bunyi-bunyian dan bau-bauan setiap kali para peniaga berkumpul untuk menjual hasil keluaran mereka di sini.Daripada tumbuhan hijau sehinggalah kepada kuih-muih tempatan yang enak, para peniaga dengan bangganya mempamerkan barangan mereka untuk menarik para pembeli bertawar-menawar dengan mereka. 

Dalam setahun, Kota Belud akan menganjurkan Tamu Besar satu-satunya acara tahunan yang menarik kunjungan orang luar dan penyertaan masyarakat di daerah ini. Tamu Besar yang bermaksud Pasar Besar atau secara literalnya bermaksud tamu terbesar yang diadakan di seluruh Sabah. Pemandangan yang semestinya tidak dilepaskan ialah Koboi Timur yakni penunggang kuda Bajau yang menunjukkan kemahiran menunggang kuda bersama-sama kuda yang dihias dengan pakaian yang indah dan berwarna-warni. Masa yang sesuai untuk menyaksikan sendiri sukan tradisi seperti lumba kerbau dan pemahkotaan Ratu Cantik Sarempak/Senisip.





PESORONG KAM !! ARAMAITI (^_^)V

'Mangan Nia Mangan Asalkan Kurung-Kurung' & 'Kuman d Kuman Asal Timu-Timu'

Monday, 9 May 2011

Assalamualaikum ~ Pembuka Bicara Tanda Mukadimah ...



PERASMIAN BLOG POOJAN INTHEGARDEN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada warga2 sekalian, dengan ini saya selaku owner kepada Poojan Inthegarden Blog... secara umumsecara khusussecara langsung mahupun tidak langsungnya ...  Merasmikan BLOG kepada anda sekalian ... Tunjuk ajar kalian amat la saya dahagakan ..  
Blog ini di ilhamkan Oleh seseorang yang saya sendiri gelarkan SIGU @ Mizz M... Photo di atas merupakan sebuah inpirasi  untuk mendapatkan ilham di masa-masa akan datang dan perasmian BLOG POOJAN INTHEGARDEN ... (n_n)v