Sunday, 30 December 2012

Last Entry of The Year 2012 !


Assalamualaikum ..


Entry kali ini adalah penghujung bagi tahun 2012 .. So saya pun tidak tahu apa yang hendak di kongsi kan pada anda semua .. Cuma kita tahu, setiap Orang mempunyai Lifestyle masing2 yang mana mempunyai kenangan Manis dan Pahit pada tahun ini ..

Disini saya ada Sedikit Sudut ataupun info tentang Nama Dalam KOrea .. So barang Siapa yang minat Dekat KpoP  nie sesuai la bebenorr ~ ..~

STEP 1 


Cari Namamu Dalam Bahasa Korea Menurut Tanggal Lahir * Year = Your First Name (angka terakhir tahun kelahiran akan jadi nama awal anda)
0 = Park
1 = Kim
2 = Shin
3 = Choi
4 = Song
5 = Kang
6 = Han
7 = Lee
8 = Sung
9 = Jung


STEP 2


* Month = Middle Name(Bulan klahiran anda akan jadi nama tengah anda)
1 = Yong
2 = Ji
3 = Je
4 = Hye
5 = Dong
6 = Sang
7 = Ha
8 = Hyo
9 = Soo
10 = Eun
11 = Hyun
12 = Rae


STEP 3


* Date = Last name/ Real Name (Tanggal lahir anda akn jadi nama akhir atau nama asli anda)
1 = Hwa
2 = Woo
3 = Joon
4 = Hee
5 = Kyo
6 = Kyung
7 = wook
8 = Jin
9 = Jae
10 = Hoon
11 = Ra
 
12 = Bin
 
13 = Sun
 
14 = Ri
 
15 = Soo
 
16 = Rim
 
17 = Ah
 
18 = Ae
 
19 = Neul
 
20 = Mun
 
21 = In
 
22 = Mi
 
23 = Ki
 
24 = Sang
25 = Byung
 
26 = Seok
 
27 = Eun
28 = Yoo
29 = Sup
 
30 = Won
 
31 = Sub..
 



So, Cubalah untuk mengetahui nama Anda Dalam Korea .. Dan kesempatan ini saya ingin menyatakan Selamat Datang Tahun Baru 2013 .. Walaupun Banyak Perkara2 Istimewa yang saya alami di sepanjang Tahun 2012 takkan di lupakan serta di bawa ke Tahun Baru untuk memperbaiki kelemahan2 yang pada diri ini .. Sebut Pasal AZAM ?.. Biarlah rahsia .. ^^"



PIc Of The Year la Sangat !


NeW YeaR 2013





Tuesday, 20 November 2012

WaterDanCe ! here i Came ..



Assalamualaikum ..

Hai ! Hello ! Hola ! Ohaiyougozaimasu ! annyong-haseyo ! Nei hou maa ! herzilich willkomen ! Bounjour ....

Semua di atas adalah di antara perkataan ataupun bahasa yang digunakan untuk memberi kata salam .. Dan banyak lagi kata2 ucapan dunia belum terlerai dan tidak berkesempatan untuk di ucapkan ..

Baiklah topik kali ini adalah tentang Air Pancut menari dalam melayunya .. tapi IN bahasa urang putih "Waterdancing" ..  Saya tahu di dalam Malaysia ini tidak hairan dengan Waterdance kerana di setiap negeri pasti ada benda ini terutamanya di Bandar utama ataupun Bandar besar .. Di sini cuba ingin berkongsi kepada Rakyat Malaysia yang mana jika ada Sesiapa yang Datang ke sabah terutamanya Ke Bandar Kota Kinabalu jangan lupa untuk singgah ke Perdana Park untuk Menyaksikan Waterdancing nie ..

Kalau korang nak tahu juga, Perdana Park nie tidak laa jauh dari lapangan terbang AirAsia Dan MAS Kota Kinabalu .. Perjalanan hanya memakan jarak 2 KM dari pada lapangan terbang ke Tanjung Aru.. So, jika ada kesempatan kelapangan waktu lawat2 laa ke Perdana park ini sebelum Balik Ke Negeri korang Masing2 .. Cuma sebelum saya pergi kesini, saya cuma dengar dari orang teristimewa yang datang besendirian ke tempat ini, dan akan  ingin datang semula Bersamanya akan datang ..

Tambahan Informasi .. Perdana park ini di buka dari jam 6am sampai jam 10pm .. cuma bezanya pada waktu siang hanya melihat burung liar berterbangan dan tempat reaksi taman permainan kanak2 serta tempat berjoging saja ... pada sebelah malam dalam sekitar jam 7pm sampai jam 10 pm, di waktu ini baru laa anda akan melihat waterdance di mainkan dengan Bersertakan irama alunan music dan ini akan menarik lebih minat anda serta timbul keterujaan melihat persembahan air pancut ini .. 


Peace untuk Orang Jauh !


Wah Kaler Hijau ..


Posing Jarak Dekat Pulak !


Huiyo ! kaler merah daa ~


WeLcaMe ! with my sis in Law .. ^^

Oleh Demikian, Jangan laah lepas peluang jika anda berada di Negeri sabah di bawah Bayu ini kerana kita tidak tahu akan datang bila kita akan sampai ke sini lagi .. Tambahan pula, kaler bagi waterdance ini bukan itu ja yah ada banyak dan bermacam2 lagi, cuma itu saja sempat shot !.. hihiiihi ... Dan yang lebih penting Waktu persembahan waterdance hanya di mainkan 4 kali dalam satu malam .. So jangan Lewat Datang pula, nanti ada yang nengok air Longkang Perdana Park ja .. hahaha 


Tadaaa ! Daa ..


Friday, 26 October 2012

Rumah Terbalik ! Semuanya ada disini


SALAM !.. 

Sedar tak sedar  .. kita Menyambut Hari raya Aidil Adha 1433 Hijrah yang mana pada Tarikh Hari ini 26/10/2012 bersamaan hari jumaat .. Kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha Kepada semua ..

Tapi Kali ini bukan itu topik nak di kongsikan .. Sebelum itu, sapa pernah Dengar Rumah Terbalik ??..
Apa yang kamu tahu tentang rumah terbalik ??.. Di mana tempat yang pernah anda2 semua Dengar tentang rumah terbalik ??.. 

OKey .. Penerangannya .. Sebenarnyaa rumah terbalik ini terdapat banyak di dunia .. Akan tetapi, tahu kah anda rumah terbalik juga ada di dalam Negara Malaysia ini .. Sebelum itu, rumah2 terbalik yang terdapat di dunia adalah seperti di upside down Germany, upside down Greek revival, upside down white house, upside down syzmberk in polan, upside down japan dan banyak lagi ...

Rumah terbalik di malaysia ini adalah rumah yang ke 5 di dunia dan pertama di Malaysia .. Ia terletak di kampung Telibong tamparuli kira2 dalam 42km dari pusat badar Kota kinabalu .. Dengan mempunyai ciri2 dan senibina yang unik, rumah ini menjadi perhatian kepada Pelancong luar mahu pun rakyat setempat .. Sekali gus di iktiraf dunia sebagai tempat perlancongan yang unik ..


Gambaran rumah terbalik dari sudut luar !


Lokasi di bahagian belakang rumah !


Suasana waktu malam ..


Berada di Parking Lot Rumah Tebalik !

Oleh yang Demikian, tak perlu lah kita menghabiskan wang ringgit untuk melihat rumah terbalik di negara luar kerana di negara sendiri sudah terbina satu lagi tempat perlancongan yang strategik ... Malahan, di sini juga dengan adanya ini, akan menarik minat para pelancong luar untuk masuk ke negara di bumi yang bertuah ini .. Kalau nak tengok dari sudut Ruang dalaman Rumah pulaa, Silakan Datang jangan malu2 .. Kerana tidak best laa kasi tahu awal2 .. ORg Putih cakap tidak "suspend" ... Semuanya ada di sini bhaa .. haha

JIWA BerbUnga ! see YA

Sunday, 23 September 2012

Yang Benar Tetap Benar !

Assalamulaikum dan salam satu MALAYSIA ..

Kali ini nak kongsi isu biasa2 aja .. ini mengenai isu sekeliling kita ..
ramai orang di sekeliling kita ini mempunyai pemikiran yang AdVanCe tetapi tidak pandai mengawal dalam pertuturan ..

Sebut pasal PERTUTURAN boleh di kelas bermacam cara :

1) Ramai kalangan orang bertutur hanya mengikut pada kata Hati.
2) Bertutur dengan Memek muka.
3) Bertutur dengan perbuatan.
4)Akan tetapi ada juga sebahagian dapat bertutur dengan mengunakan akal fikiran ..


Berbanyak2 pertuturan .. Pertuturan yang paling berbahayaa konfirm laa pertuturan mengikut Kata Hati .. Ini kerana pertuturan ini boleh mengeluarkan perasaan marah, senyum, gembira, takut, sedih, menangis, rindu, dan paling bahaya adalah GODAAN !

Selalunya Setiap Perkataan Godaan yang keluar itu adalah hukumnya haram .. Lebih2 lagi jika ke arah kemungkaran yang terpesong dari jalan Allah SWT... Akan tetapi Godaan ini sering kali di kaitkan dengan perkara2 mungkar seperti kawan mengajak supaya mencuri, minum arak, berjudi, merempit, merogol, berzina, dan paling ndak best percobaan Godaan di antaraa lelaki mahupun wanita ..

Maksudnya di sini, Percobaan Godaan diantara wanita dan lelaki adalah ; " sudah elok2 wanita atau lelaki tu baik dari segi akhlaknya, tetapi kerana ajaran kawan dengan mempunyai kuasa BEtO Godaan yang kuat ada pada dirinya, mencoba untuk mempengaruhi Rakan yang Baik tersebut". Jadi di sini, nilai2 moral yang di terapkan dalam diri dan di pelihara dari bangku sekolah rendah telah hilang begitu sahaja dengan sekelip mata.

Bukan itu saja, jika kita dalam penentuan untuk misi dalam pencarian BF atau GF(pasangan hidup) .. Baiklah kita tahu sebenarnya kapel nie tidak elok ... Akan tetapi jika niat kita adalah ikhlas bersamanya tidak salahkan .. Seperti kata2 hikmah dari Ust. Azhar Idrus :

JANGAN pikat wanita kalau anda tidak sedia cintakan DIA ..
JANGAN buat wanita jatuh cinta kalau anda tidak cintakan DIA..
JANGAN memberi wanita Harapan kalau anda Tak PAsti ..
JANGAN sakiti hati Wanita kalau anda tiada Hati Untuknya ..
JANGAN mainkan perasaan Wanita kalau anda tiada perasaan Dengannya ..

HARAM ! jika jadikan Wanita Kekasih Tetapi Tiada Niat untuk MENIKAHINYA ..


Begitu juga dengan WANITA bukan selenang-lenangnya mainkan hati lelaki sudah di beri kelebihan..

Baiklah pertuturan mengunakan memek muka juga boleh membuat semua orang terasa jika gurauan yang di lakukan amat berlebihan. Dengan itu akan membuat orang akan merasa tersinggung, jauh hati, marah, Dendam, dan amat bahaya boleh membuat punca pergaduhan ..

Jadi lebih baik kita kurangkan amalan mengunakan memek muka apabila bertutur bersama orang yang berada di sekeliling kita. Ini kerana tabiat ini boleh di lingkungkan dalam kumpulan kurang sopan ataupun kurang adab dalam pertuturan. Di sini ingin menceritakan sedikit pengalaman yang di cerita kan dari kawan yang mana seorang kawan ini menanyakan seseuatu dengan seorang insan dan di balas dengan menunjukkan memek muka hanya mengunakan mulut hanya seperti OKU.. kan elok becakap sambil tunjuk mengunakan tangan dengan penuh beradab .. hihi

Pertuturan yang terbaik adalah pertuturan mengunakan akal fikiran .. Pertuturan ini adalah nampak amat mudah untuk di buat tetapi susah di laksanakan. ini kerana apabila kita berkata-kata kadang kala kita tidak menyedari perkataan spontan yang terlanjur keluar dari mulut kita sendiri. Ada kalanya perkataan yang keluar itu perkataan yang kasar, kurang ajar, yang kurang baik, mengumpat, menghina dan sebagainya. 

Oleh itu, setiap ucapan yang di keluar hendak lah di fikir dan di timbang sama rata supaya tidak ada pihak yang tidak berpuas hati ataupun marah. Dengan pemikiran orang yang Advance pada zaman sekarang juga adalah punca banyaknya orang yang bijak pandai dalam berdebat. Akan tetapi kesan dalam pada itu akan membuat orang yang pandai berkata2 ini untuk banyak bertanya dan menentang mempertahankan idealist mereka dan menunjukkan sikap kurang hormat kepada orang tua daripada kita ataupun para pemimpin. 

Bukan disini dinyatakan banyak bercakap atau banyak bertanya itu tidak boleh. tetapi hendaklah berpada-pada dan kena pada tempat dan masa yang sesuai. saya juga tahu banyak bercakap itu untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tetapi batas pergualan untuk mendapatkan ilmu itu di ambil secara perlahan-lahan. Senang cerita seperti kawan saya kata mengunakan carilah jawapannya mengunakan pemikiran LATERAL.

OKEYlah ! itu saja dari saya, sebelum itu ingin menyampaikan satu peribahasa yang pernah saya dengar yang berbunyi "Yang baik itu tidak sepertinya Benar, Tetapi yang Benar itu semestinya Betul".



PLEASE LAA ~

BYEE !

Thursday, 30 August 2012

Tanggal 31 ~ MERDEKA !

Salam .. Hmmm .. hmmm .. test ~

Tanggal tiga puluh satu ..
Bulan lapan lima puluh tujuh ...
Merdeka !.. merdeka !..
tetaplah merdeka ..
Ia pasti Menjadi sejarah ..


Alamak !.. apa mcm okey ka juga suara nie  menyanyi ??.. mesti tidak kan sebab korang tidak dengar pun .. hahaha~

Baiklah sebut pasal merdeka ...
Apa itu MERDEKA dan apa KEISTIMEWAANnya ???

Tolong laa and Please "Don't Answer" ..

1) Merdeka hari kita BEBAS,.. maksudnya kita HOLIDAY tue ... hahaha

2) Merdeka ni boleh cakap istimewa sebab ramai IBU mengandung dekat Hospital dapat HAMPER  bila tepat masa anak di lahirkan di ambang merdeka ~  untung laa mama pun dapat masuk TV .. haha

3) Hari Merdeka nie hari yang RELEX .. TV banyak siarkan Programe bEst .. Pelakon macam Biasalahh Slot Akasia .. hihi

4) Masa Merdeka nie kalau buat KONVOI ramai2 .. Polis wat tak kesah jak waktu tu .. meraka pun ikut sama .. hihi

5) Merdeka dapat Bendera FREE .. save bajet .. Boleh wat pusing modal .. haha ~

6) Merdeka nie Nampak BEST ... Sebab nampak orang2 non-Resident lebih EXCITED dari Resident .. tol kan ??  haha

7) Medeka nie ada SHOw Bunga API .. Time raya .. tidak ada di larang sama sekali .. baru Mercun kan.. haha

8) Masa Merdeka nie Menguji MINDa  ... Semua orang mengira terbalik dari 10-1 kan, jarang2 di buat  .. untuk membuat anak kita taw mengira math .. haha

9) Merdeka itu "INDEPENDENCE day" .. Dan Independence Day nie adalah "MERDEKA" .. haha

10) Waktu Malam Ambang Merdeka kita boleh sumbang kan suara Beramai2 .. Jiran2 sebelah konfirm Diam2 jak .. haha

Jadi apakah Jawapan Sebenar MERDEKA bagi anda ??
JAWAPANnya tidak satu pun berkenaan di atas .. hihi

Oleh itu, Setiap orang ada Pendapat dan ada Pengertian bagi dirinya ..

"SeLaMat MeNyaMbUt Hari KemErDekaAn"  
Sentiasa Bermohon Kepada Allah Agar keamanan yang kita rasai pada hari ini Bekekalan sampai bila2 .. Aminnnn ~ 


Menunjukkan Jiwa yang MERDEKA la kunun ~ haha

Forever and Ever ! (^_^)V








Tuesday, 14 August 2012

"Selamat Berpuasa dan Hari Raya Aidilfitri "



Assalamualaikum W.B.T ..

Dup dap dup dap !

Bukan bererti jantung berbunyi .. tetapi kepantasan masa yang telah berlalu dengan begitu cepat sekali ..
kini, kita dalam menjalani ibadah wajib puasa sudah hampir 
hari ke-25 ..
dan tanpa di sedari kita hampir ke penghujung bulan ramadhan ..

Dalam bulan ramadhan ini, kita di beri peluang oleh Allah SWT untuk mendapatkan pahala dan keberkatan .. Di sini saya berpesan kepada diri sendiri, mari laa kita bersama mengambil peluang
menunaikan perintahnya dan mengerjakan pelbagai amal kebaikan seperti hadis Nabi SAW bersabda: "sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah pintu yang di sebut Ar Rayyan.. Pada hari kiamat, orang-orang yang puasa masuk ke syurga dari pintu itu.. Tidak seorang pun masuk dari pintu selain (mereka). Mereka di panggil: Mana orang yang berpuasa?.. Lalu mereka berdiri .. 
Tidak seornag pun masuk dari pintu itu selain mereka, 
setelah mereka itu masuk, pintu segera di kunci, 
maka tidak seorang pun lagi yang dapat masuk" ...
Oleh itu, jangan laa kita di musim2 bulan puasa ini mengabaikan tanggungjawap untuk menunaikan fardhu puasa  dan mengambil kesempatan hanya mangaut keuntungan
di bazar2 ramadhan dan pasar2 raya yang mana  hanya menawarkan makanan
 dan potongan harga barangan yang murah .. 

Oleh kerana hanya 5 hari lagi baki kita hendak berpuasa, Dan kita akan menyabut bulan baru iaitu menyambut bulan syahwal .. 
kesempatan ini saya ingin  mengucapkan 
"Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir Dan Batin"
kepada semua orang di sekeliling saya jika saya ada terlebih gurau, terkasar bahasa yang mana boleh menyinggung perasaan anda semua ..


Gambar raya tahun Lepas .. ^^

Will be back sooN ..




Friday, 27 July 2012

Kata NO ! Pada Lipas ..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia ..


eNtri kali nak cite2 pasal binatang paling tak suka A.K.a not my Favourite laa orang kata .. Asal dengar ja nama binatang ini Confirm fobiaa gilaa ... hohoho

sebut ja pasal LIPAS pasti ramai yang tidak suka pada binatang nie kan .. JIka kita mahu ke tempat2 seperti dapur, tandas, stor mahupun halaman belakang rumah pasti akan terserempak dengan binatang nie .. ini akan membuat kita tidak berasa selesa dengan sekeliling secara tidak langsung mengubah muka yang penuh keceriaan menjadi porak peranda .. senang cerita "Spoil the mood" laa kan ... Lebih2 lagi jika ternampak Lipas boleh Terbang ... ermm lagi laa mengganggu ketenteraman public ..

Disini ada serba Sedikit Info tentang Lipas yang nak di kongsi ,.. Errmm tak sangka juga lipas nie pun ada Kelebihannya .. Antaranya :


1- Nama lipas atau dalam bahasa Inggeris cockroach berasal dari perkataan Sepanyol "cucaracha"yang membawa maksud serangga gila.

2-Seekor lipas boleh menahan nafasnya selama 40minit...(patut la susah nak mati)

3-Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepalanya dah putus.

4-Kalau berlaku peperangan nuklear lipas adalah satu2 makhluk yang boleh hidup.

5-Lipas mempunyai darah berwarna putih...(wah keturunan raja yer)

6-Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi tidak semuanya.

7-Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia Rhinocerus berasal dari Australia
yang beratnya adalah 50gram ...

8-Lipas goreng adalah makanan biasa di Cambodia.

9-Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak2 dia semuanya betina.

10-Lipas hanya boleh mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya.

11-Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab die ada rambut2 halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa2 yg menghampirinya.

12-Semasa perang di Vietnam tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti 
askar2 komunis yang menyamar sebagai petani.

13-Lipas ada gigi di dalam perutnya.

14-Lipas yang dilumatkan boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan ditempat itu.

15-Lipas boleh menukararah sebanyak 25 kali dalam masa 1 saat.

16-Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula.

17-Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung.

18-Lipas hanya ada 6 kaki tetapi memiliki 16 lutut.

19-Lipas boleh berlari 3batu sejam.

20-Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa2.

Okey kesimpulannya , Bagi sesiapa yang mempunyai Fobia pada Lipas2 nie .. sentiasa Mengamalkan Hidup kebersihan yang tinggi iaitu 5S  (Seiri, Seiton, Seiso, Seikutsu, Shitsuke) .. kalau boleh Ruang2 seperti Dapur, tandas, stor dan Ruang halaman yang berpotensi pembiakannya sentiasa dibersihkan dengan mengambil ruang masa sehari dalam Seminggu .. ini akan mengurangkan populasi lipas di dalam rumah ..  KATAKAN NO ! PADA LIPAS .. hihi



Sory tidak selesa letak gambar sebenar lipas .. hihi


Okey Itu Saja Dan Selamat Beramal !


Wednesday, 20 June 2012

KisaH HoBby SayA !


SALAM !...


Hai kawan-kawan ! 
kali ini nak cerita tentang my hobi laa sikit ..

tapi sebelum itu ada teka-teki..
Banyak2 Game ! game apa di larang sama sekali mengunakan tangan ??

1, 2, 3, 4, 5, ... teeeeet !

ANsWer : Ini laa nak citer nie !..

Okey ! game yang saya maksud kan iyaa laa football Or Futsal ..
sebenarnyaa benda nie tiada beza pun cara tuk bermain cuma bezanya bilang orang yang bermain
di atas gelanggang ja .. hihihi ..

Tapi Hairan laa , ramai2 orang dalam padang berebut untuk mengejar sebiji bola .. 
kali ini laa uniknyaa main bolaa nie kan .. haha
lagi pun kalau lelaki tidak ada minat bermain bola nie macam kehidupan seorang lelaki tidak cukup rasanya ..


Ntahh laa ! mayb popularity untuk game ini mendapat rating yang tinggi di mata masyarakat 
teruss menarik ramai peringkat golongan tuk meminati permainan bola sepak nie .. hihi
Kesempatan ni juga nak cerita dan memperkenal juga antara pemain2 Favourite saya ..

ANTARANYA :


C.RONALDO


Karim Benzema


Sergio Aguero

Ini lah ! pemain2 antara bangsa yang berjaya dan membuka mata saya untuk bermain bola..
tetapi tidak pernah pergi ke tempat mana-mana selection .. apa la nasib .. ^^"

Akhir dari saya , semoga minat pada sport ini teruss maju di dalam Negara kita dan Mengeluarkan Bakat2 anak muda Supaya Setaraf dengan Pemain2 di atas ..


Saja2 Post !.. BUkan Fan LiverPooL k .. :)


Amacam Ada Brany ka LAwan BOla ?? Brany Comment kat bawah nie ! hihihi


BYEE

Monday, 18 June 2012

Antara Yang Teristimewa !

Assalamualaikum !

Lama dah tidak masuk ke dalam blog nie .. 
kali nie nak kongsi Tentang Orang Yang terIstimewa dalam hidup nie ..

INTRODUCTION

DIeYa GrEaTH A.K.A my SWEET Hearth

ASAL K.K juga ..

OoPPss ! situ jak yah ! tidak bole Detail sangat .. hihihi

Baiklah nak cerita pasal tentang kami memang unik!..
Sebab tidak sangka buah cempedak menjadi nangka la katakan
ini adalah My first Love dan Cik D berjaya menawan Hati ini dan saya yang tulus mencintainya juga ..

Perkenalan kami Memang tidak di duga sangat2 .. Bermula Hanya Menjadi sebagai kawan aKhirnya berubah menjadi sebagai kekasih .. HOpe Sangat Dengan Kesefahaman yang ada Mampu untuk mEmpertahankan dan Perkukuhkan Hubungan yang telah Terjalin ..

Akhir Dari saya ... Kepada Semua Pembaca Meredhokan HUbungaN ini ..
Serta Doakan Kebahgian Kepada kami .. Walaupun Ramai yang Tahu Manusia itu Tidak sEmpURna ..
Akan Tetapi CIk D ini adalah SeoRang yang Sempurna kerana Menerima Diri ini SeADAnyaa ..
di Samping ini Diserta kan Sekeping Gambar untuknya :



HI mama ! papa selalu Merinduimu .. ^^"

sorry late bagitaw Pasal Blog ne .. hihi

SEE YAA !


Saturday, 26 May 2012

Sejenak Bersama DI KOta SanDaKaN



ASsalAmuaLAikuM !

Topic : Trip To sAndAkAn 

Event : 5 May 2012

Baik laa ! kali ini nak menceritakan pasal topic di maklumkan diatas, 
Tapi sebelum itu saya nak tanya satu soalan teka teki .. bole ??..

soalannya banyak benda, benda apakah yang pandai naik tapi tak pandai turun-turun ??

1,2,3,4,5 ... teeeeeet !

jawapannya : umur ! hihihi

Baik lahh, sekarang saya nak bagi tahu usia kita semakin lama semakin meningkat dan semakin hari semakin nak jadi warga emas dah .. alahaii !..

Akan tetapi kaitan umur dengan topic saya adalah tujuan ke sandakan sebagai wakil kepada my cousin untuk menghantar barangan pertunangannya .. soo sweet ! hihihi

pertunangan ini dilangsungkan di kg sim-sim batu satu, sandakan sabah ..
macam baru jak sama2 main with my cousin time kecik2 dulu .. sekarang dah bertunang dah .. hihi
macam tidak terasa plak masa dan usia ini berlalu dan meningkat begitu sahaja... hihihi



My cousin dahh jadi saya bila pulak ??.. teeeeet !

kita simpan dulu soalan tue ! kalau ada jodoh dan rezeki kena cerita laa juga kan .. hahaha

OKey lah ! dalam perjalanan semasa di sandakan .. bnyak juga tempat persinggahan yang menarik di sandakan ini .. Apa lagi tidak membuang masa memang sempat laa juga nak melawat kesana kesini di daerah sandakan nie antaranya ..

SHOT !


Taman Sempilok ! Habitat bagi Orang Utan ..

Pada masa yang sama dalam taman ini kita boleh lihat Orang utan yang sedang bergayut posing 
MACAM NIE ! hihi


HAHAHA!

Okey lah saya rasa sampai sini saja entri saya buat kali ini, dan jangan lupa kesah ini ada kesenambungannya pada bulan NOVEMBER pasal my cousin akan married pada bulan itu di sandakan jugaa .. hihihi


Welcum to sunbay sandakan sabah

SEE YAH ! ^^

Thursday, 10 May 2012

Final Project part 2 {full}

Assalamualaikum !

oKey Baik lah .. Entri kali ini adalah kesenambungan daripada entri sebelumnya .. kita teruss kan dengan motif ataupun tujuan Entri pada kali ini ..

NaMa Di bEri Human Powered water Bicycle ...
Ini adaLah Hasil Dari pada Kajian Project saya dalam My Diploma

Sebelum itu, saya ada satu Buah tAngaN kepaDa kamu SemUA 
unTuk meNilaI daN daPat GamBaraN lebih JelAs TenTang
PrOject Akhir Yang HenDak Di samPaikan ..





Setelah di Perhatikan dalam paparan di atas pasti kalian dapat menangkap dan mempunyai pelbagai buah fikiran untuk mengetahui tentang project ini ..
Project ini adalah bertujuan untuk memperluaskan sektor perlancongan di dalam negara kita ini
serta untuk menangkap minat para pelancong masuk ke dalam negara kita ini 
contohnya seperti perlancong dari Negara China yang mempersoalkan tentang projek ini
di dalam rakaman video di atas .. 


Sekarang saya hendak memperkenalkan My grup member dalam menjayakan projek ini
iaitu Uncle Josue, kak SaBer, kak Lina, Teo and me "poojan" ..
Tanpa mereka segala usaha untuk mencapai menyiapkan kajian ini tidak tercapai ..
Disamping itu juga, saya harap ikatan kita tidak akan pernah pudar walaupun sudah menamatkan
Pengajian di sewaktu bersama-sama di PKK..
LoVe YoU AlL TeAM!


Ini adalah Sebahagian rakan2 seperjuangan kelas dalam menjayakan pameran projek tempoh hari ..
You All memang Daa best la ! 
Hope kalau ada umur panjang dan di panjangkan jodoh kita jumpa lagi ! ^^v
Ala senang2 FB jax Bha 


Ini aDalah Gambaran Akhir BersaMa Modal
Segala Kenangan Manis dalam Tempoh pengajian tidak akan saya Lupakan dan berharap dapat bUat beNda ini Lebih baik unTuk mendapaT perhaTiAn daripada CompanY besar! ^^"

Itu saja dari saya
THE Truth sToRy "Poojan"

THE END

Saturday, 31 March 2012

Final Project For My Diploma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca semua ..

Kali ini cerita tentang diantara paling istimewa dalam hidup ini iaitu tentang Projek akhir sementara dalam ada masa beberapa lama sisa baki untuk menamatkan My Diploma. Sedar tidak sedar tempoh yang diberikan telah pun sampai untuk ke penghujung akhir tahun dan akhir semester dan walaupun terasa sayu dan rindu pada tempat pengajian ini.

Namun begitu, tiap detik dan masa yang saya hadapi dalam pengajian ini mesti di hargai dan di manfaatkan sebaiknya agar boleh di buat kenangan manis dalam diri ini bersama rakan-rakan. baiklah, mari kita ke objektif cerita utama yang hendak di sampaikan.

Nama tajuk Projek akhir kami iaitu Human Powered Water Bicycle. Basikal air adalah sebuah alat pengangkutan dengan menggunakan tenaga kinetik untuk bergerak di atas air dengan berkonsepkan bersih dari pencemaran alam sekitar. Alhamdulilah dalam tempoh kajian ini, kami telah melakukan dengan baik dan dapat memuaskan hati penyelia serta pensyarah2 yang lain.


LET SEE!

 Dalam pembuatan

 testing keapungan


tunggu kejap! biar taiko torai dulu .. haha


Tunggu cerita seterusnya! -Part 2 (Full Set)-






Saturday, 25 February 2012

Stadium Likas: Malaysia Vs Sabah 2012

Salam Semua ...

InTRo Video



Mesti dapat teka kan apabila melihat video diatas ??.. Kesah kali ni, pasal nak kongsi permainan tradisi kaum lelaki lah, yang perempuan just duduk menggangah jak yeh ! sebab tahu pun majoriti tidak reti main permainan nie kan ... permainan yang saya nak kongsikan ialah apa lagi "kick ball".. tak faham lagi ... FOOTBALL laa .. haha

Tujuan cerita ini di post dalam blog adalah ingin menceritakan perkara sebenar kenapa sabah kalah dengan Squard Harimau senior dengan beza jaringan 1-0 .. Pada awalnya memang tidak di sangka jaringan pendahuluan Rozaimi pemain sabah di batalkan atas tuduhan Handball .. Padahal jaringan nampak jelas menggunakan bahagian dada beliau ... tindakan pengadil perlawanan tidak sewajarnya dilakukan ..

Tapi kita tidak tahu adakah ini satu elah untuk memertabatkan nama Squard Harimau ..  Tidak kurang hebatnya juga pemain Squard Harimau ini menunjukkan penentangan permainan yang baik terhadap sabah ... Maklum lah, Burung mana ble menang kan sama Harimau .. haha .. Akan tetapi memang gamat stadium perlawanan pada malam itu, sehingga orang ramai sanggup berdiri menyaksikan perlawanan yang hebat diantara kedua-dua kumpulan walaupun dalam keadaan ketiadaan kekosongan tempat duduk ... huhu

Akhir dari saya, Pihak penganjur cubalah cari Reffree yang berkualiti sedikit supaya tidak lagi berlakunya goal kontrovesi seperti ini dan yang penting sekali, semoga semangat sokongan rakyat sabah terus mara kehadapan menyokong pemain negeri sabah di bawah bayu ini .. (^_")

 IntRo PiC

 Peace walaupun Tidak berpuas hati

 Bounser itu depan baju merah .. haha!

 Nah Jaga2 kamu ! haha

Yang penting EnjoY !

Peace No WaR !