eNtri kali nak cite2 pasal binatang paling tak suka A.K.a not my Favourite laa orang kata .. Asal dengar ja nama binatang ini Confirm fobiaa gilaa ... hohoho
sebut ja pasal LIPAS pasti ramai yang tidak suka pada binatang nie kan .. JIka kita mahu ke tempat2 seperti dapur, tandas, stor mahupun halaman belakang rumah pasti akan terserempak dengan binatang nie .. ini akan membuat kita tidak berasa selesa dengan sekeliling secara tidak langsung mengubah muka yang penuh keceriaan menjadi porak peranda .. senang cerita "Spoil the mood" laa kan ... Lebih2 lagi jika ternampak Lipas boleh Terbang ... ermm lagi laa mengganggu ketenteraman public ..
Disini ada serba Sedikit Info tentang Lipas yang nak di kongsi ,.. Errmm tak sangka juga lipas nie pun ada Kelebihannya .. Antaranya :
1- Nama lipas atau dalam bahasa Inggeris cockroach berasal dari perkataan Sepanyol "cucaracha"yang membawa maksud serangga gila.
2-Seekor lipas boleh menahan nafasnya selama 40minit...(patut la susah nak mati)
3-Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepalanya dah putus.
4-Kalau berlaku peperangan nuklear lipas adalah satu2 makhluk yang boleh hidup.
5-Lipas mempunyai darah berwarna putih...(wah keturunan raja yer)
6-Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi tidak semuanya.
7-Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia Rhinocerus berasal dari Australia
yang beratnya adalah 50gram ...
8-Lipas goreng adalah makanan biasa di Cambodia.
9-Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak2 dia semuanya betina.
10-Lipas hanya boleh mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya.
11-Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab die ada rambut2 halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa2 yg menghampirinya.
12-Semasa perang di Vietnam tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti
askar2 komunis yang menyamar sebagai petani.
13-Lipas ada gigi di dalam perutnya.
14-Lipas yang dilumatkan boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan ditempat itu.
15-Lipas boleh menukararah sebanyak 25 kali dalam masa 1 saat.
16-Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula.
17-Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung.
18-Lipas hanya ada 6 kaki tetapi memiliki 16 lutut.
19-Lipas boleh berlari 3batu sejam.
20-Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa2.
Okey kesimpulannya , Bagi sesiapa yang mempunyai Fobia pada Lipas2 nie .. sentiasa Mengamalkan Hidup kebersihan yang tinggi iaitu 5S (Seiri, Seiton, Seiso, Seikutsu, Shitsuke) .. kalau boleh Ruang2 seperti Dapur, tandas, stor dan Ruang halaman yang berpotensi pembiakannya sentiasa dibersihkan dengan mengambil ruang masa sehari dalam Seminggu .. ini akan mengurangkan populasi lipas di dalam rumah .. KATAKAN NO ! PADA LIPAS .. hihi
Sory tidak selesa letak gambar sebenar lipas .. hihi
Okey Itu Saja Dan Selamat Beramal !
No comments:
Post a Comment